
Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
|
Perubahan Borang Permohonan Pembaharuan dan Taraf Bumiputera PKK (002/08)
Mulai 1 Jun 2008, semua kontraktor Kerja Awam Kelas A,B, C serta kontraktor Kerja Elektrik Kelas I, II, III yang berdaftar dengan PKK dan ingin membuat Pembaharuan Sijil dan Taraf Bumiputera boleh dilakukan dengan mengisi Borang Pembaharuan Kontraktor Kerja Awam dan Elektrik (002/08). Borang 002/08 digunakan bagi menggantikan Borang 002/05 dan bertujuan mempercepatkan proses pembaharuan sijil PKK dan Taraf Bumiputera dan memudahkan pihak kontraktor. Borang ini boleh diperolehi secara percuma di kaunter pejabat PKK dan boleh dimuaturun melalui laman web PKK mulai 1 Jun 2008.
Jika terdapat perubahan maklumat semasa memperbaharui sijil PKK dan Taraf Bumi, pihak syarikat harus menyertakan bersama Lampiran yang diperlukan serta dokumen sokongan yang berkaitan kepada pihak PKK.
Sebarang pertanyaan sila hubungi cawangan PKK yang berdekatan.
Sila klik di sini untuk Muat Turun Borang Pembaharuan Dan Senarai Semakan Dokuman Sokongan |