Pusat Khidmat Kontraktor

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

 

Penyerahan Tugas Pemprosesan Pembaharuan dan Taraf Bumiputera, Perubahan Maklumat, Kebenaran Khas dan Tambah Kepala kepada PKK Cawangan Negeri Sabah dan Sarawak

 

Mulai 1 Jun 2008, PKK Cawangan Sabah dan Sarawak akan bertanggungjawab memproses permohonan Pembaharuan dan Taraf Bumiputera, Perubahan Maklumat, Kebenaran Khas dan Tambah Kepala bagi kontraktor Kerja Awam Kelas A, B, C dan Kerja Elektrik Kelas I, II, III yang mana alamat berdaftar syarikat adalah di Sabah dan Sarawak.

 

Maka, mulai tarikh kuatkuasa 1 Jun 2008, segala permohonan yang berkaitan hendaklah dihantar kepada PKK Cawangan Sabah dan Sarawak.

 

Untuk makluman, bagi Pendaftaran Baru dan Naik Kelas bagi kontraktor Kerja Awan Kelas A, B, C dan Kontraktor Kerja Elektrik Kelas I, II, III yang berdaftar di Sabah dan Sarawak masih diproses oleh PKK Ibu Pejabat di Putrajaya.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi cawangan PKK yang berkaitan (Sabah, Sarawak dan Ibu Pejabat PKK).

 

 

 

 

Kembali