
Sistem Info Kontraktor
Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Pusat Khidmat Kontraktor menyediakan kemudahan kepada pengguna yang terdiri daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk mendapatkan senarai dan profail kontraktor yang berdaftar dengan PKK. Tujuan senarai dan profail ini disediakan adalah sebagai rujukan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan dalam proses penyenaraian tender dan sebagainya.
Disamping itu PKK juga menyenaraikan kontraktor kerja awam / elektrik yang dikenakan tindakan tatatertib seperti ditahan atau digantung pendaftaran daripada menyertai sebarang tender kerajaan. PKK juga menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk menyemak pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor menggunakan nama syarikat atau nama kontraktor.