|
PENGIKTIRAFAN
PIAWAIAN MS ISO 9001 : 2000
Idea bagi PKK untuk
mendapatkan pengiktirafan MS ISO 9001 : 2000 telah dicetuskan oleh Yang
Berhormat Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi di dalam mengorak langkah ke arah perkhidmatan yang lebih
berkualiti serta memenuhi kepuasan pelanggan.
Objektif
Kualiti
Dasar
Kualiti
-
Memberi perkhidmatan
yang mesra, cekap dan amanah,
-
Berjanji menepati
piagam pelanggan,
-
Memastikan semua
kehendak dan harapan pelanggan PKK akan dipenuhi; dan
-
Meningkatkan
keberkesanan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.
Penambahbaikan
-
Mengkaji semula
piagam pelanggan dan mempercepatkan urusan pendaftaran kontraktor,
-
Memperkukuhkan
sistem aduan,
-
Membangunkan
kontraktor melalui kursus, latihan dan motivasi,
-
Menganjurkan
ekspo-ekspo berkaitan industri binaan dan Industrialised
Building System atau IBS,
-
Meningkatkan
penguatkuasaan ke atas kontraktor-kontraktor yang bermasalah
termasuk mengatasi ketirisan,
-
Melaksanakan
peningkatan kepada sistem Maklumat Kontraktor dengan menyediakan
perkhidmatan permohonan dan pembaharuan pendaftaran secara online
melalui web PKK; dan
-
Pengemaskinian
Maklumat Rekod Kerja secara online untuk dijadikan rujukan
jabatan kerajaan dan agensi pelaksana.
Lanjutan dari pengauditan
yang telah dilaksanakan oleh pihak SIRIM serta kerjasama dan dedikasi
semua pegawai dan kakitangan MECD, khususnya semua warga kerja di PKK,
secara rasminya PKK telah dianugerahi Sijil MS ISO 9001 : 2000 pada 6
April 2007.
|