|
SEJARAH
DAN LATARBELAKANG ORGANISASI
Pusat Khidmat Kontraktor
ditubuhkan pada 30 Jun 1981 dengan nama Pusat Penyelarasan Khidmat
Kontraktor-kontraktor Bumiputera (PUSAKABUMI) diletakkan di bawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Januari 1987,
namanya ditukar kepada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sesuai dengan pertambahan
fungsi dan bidang kuasanya. Pada 27 Oktober 1990, PKK dipindahkan ke Kementerian
Perusahaan Awam dan seterusnya pada tahun 1995, PKK menjadi sebahagian daripada
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Tugas awalnya adalah untuk membantu
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor
Bumiputera.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR
Tugas dan tanggungjawab PKK
seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada 11 April 1984 terbahagi kepada
empat iaitu :-
-
Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor-kontraktor
kerja di peringkat persekutuan dan Negeri dan urusan yang berkaitan.
-
Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada
kontraktor-kontraktor yang berkelayakan.
-
Pusat rujukan perihal kontraktor-kontraktor kerja.
-
Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada
kontraktor-kontraktor Bumiputera yang melaksanakan kontrak tetapi terhad kepada
Jabatan/Agensi Kerajaan yang tiada mempunyai unit khasnya sendiri untuk memberi
bantuan kepada mereka.
PUSAT PENDAFTARAN
KONTRAKTOR KERJA
Semua pendaftaran kontraktor
kerja untuk urusan tawaran kerja adalah dikendalikan oleh PKK (Arahan
perbendaharaan 1984). Semua tender kerja yang dikeluarkan pada atau selepas 1 hb.
Januari 1998 hanya dibuka kepada kontraktor yang berdaftar dengan PKK sahaja.
Urusan pendaftaran dengan PKK
dilaksanakan dalam dua peringkat :-
Ibu
Pejabat PKK
Memproses permohonan pendaftaran baru dan ehwal yang berkaitan dengannya
bagi kontraktor:-
Kelas A,
B dan C
-
Kerja Elektrik
Kelas I,
II dan III
Negeri
Memproses permohonan pendaftaran baru dan ehwal yang berkaitan dengannya
bagi kontraktor:-
-
Kerja Awam dan Bangunan
Kelas D,
E dan F
-
Kerja
Elektrik
Kelas
IV
|