:: Utama :: Mengenai Kami :: Panduan Pendaftaran :: Rujukan :: Kursus & Latihan :: Alamat Pejabat Cawangan :: Aduan PKK :: Intranet :: MECD Web ::

  MENGENAI KAMI  

  :: LAPORAN TAHUNAN 2000 PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR ::

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Objektif PKK adalah untuk melahir dan membangunkan kontraktor binaan yang berkualiti dan berdaya saing. Bagi mencapai matlamat tersebut PKK berfungsi untuk :

  • Mendaftar kontraktor kerja Awam dan Elektrik ;

    • Pendaftaran baru 

    • Naik kelas dan tambah kepala/sub kepala

    • Pembaharuan

    • Kebenaran khas

    • Perubahan maklumat

    • Rayuan pendaftaran

  • Memberi pengiktirafan Taraf Bumiputera;

  • Menguatkuasakan pendaftaran;

  • Menjadi pusat rujukan maklumat kontraktor;

  • Membangunkan usahawan Bumiputera dalam sektor binaan; dan

  • Memberi latihan, khidmat nasihat dan bimbingan kepada kontraktor-kontraktor.

PKK Ibu Pejabat bertanggungjawab memproses semua permohonan pendaftaran baru, pembaharuan pendaftaran, kebenaran khas, kenaikan kelas, tambah tajuk dan taraf Bumiputera bagi Kontraktor Kerja Awam Kelas A, B, BX dan C dan Kelas I hingga III bagi Kontraktor Kerja Elektrik. Urusan pendaftaran seperti di atas bagi Kelas D, E, EX dan F serta kelas IV, V dan VI bagi kontraktor kerja Elektrik diuruskan oleh PKK cawangan negeri. 


Bilangan Kontraktor Kerja Awam Yang Aktif Sehingga Tahun 2000

 

Bilangan Kontraktor Kerja Awam Bumiputera dan Bukan Bumiputera Mengikut Kelas Sehingga Tahun 2000

 

Permohonan Pendaftaran Baru Tahun 1998 Sehingga 2000

 

Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Tahun 1998 Sehingga 2000

 

 

Permohonan Naik Kelas Tahun 1998 Sehingga 2000


Permohonan Tambah Kepala / Sub-Kepala Tahun 1998 Sehingga 2000

 


PKK juga memproses dan meluluskan permohonan Kebenaran Khas. Kebenaran Khas ialah kelulusan sementara yang diberi kepada kontraktor untuk menyertai satu-satu tawaran kerana tidak cukup kelayakan yang diperlukan seperti terkandung di dalam tawaran atau tender. Jenis Kebenaran Khas yang dibenarkan adalah Kebenaran Khas memasuki satu kelas lebih tinggi dari kelas sediada, dan Kebenaran Khas memasuki tawaran di mana kepala/sub kepala tidak terdapat dalam pendaftaran sediada di dalam kelas yang sama. 

 

Permohonan Kebenaran Khas Tahun 1998 Sehingga 2000


Permohonan Pengiktirafan Taraf Bumiputera Tahun 1998 Sehingga 2000


Selain memberi status Taraf Bumiputera kekal iaitu bagi tempoh dua (2) tahun, PKK juga memberi status Taraf Bumiputera Jangka Pendek (TBJ). TBJ diberi kepada syarikat yang diluluskan pendaftaran barunya dan siasatan ke pejabat belum dilakukan. Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen yang dikembalikan ke PKK menunjukkan penguasaan syarikat oleh Bumiputera dan memenuhi syarat yang ditetapkan. 

Tindakan tatatertib dikenakan ke atas kontraktor kerana melakukan kesalahan diantaranya tidak memohon pembaharuan, gagal mengemukakan maklumat-maklumat penting, memohon untuk dibatalkan, pemilik syarikat meninggal dunia bagi syarikat perseorangan, perubahan struktur syarikat, penipuan kerja kontrak, mengsubkan majoriti projek, penglibatan dalam syarikat lain, memberi maklumat palsu dan kontraktor tidak dapat dikesan.

Bilangan Kontraktor Dikenakan Tindakan Tatatertib Tahun 1998 Sehingga 2000



Dalam usaha untuk meningkat dan membantu kontraktor Bumiputera untuk berdaya maju dan berdaya saing PKK, Ibu pejabat dan cawangan di negeri-negeri telah memberi bimbingan dan latihan kepada kontraktor-kontraktor melalui kursus-kursus, bengkel-bengkel ceramah dan dialog kepada kontraktor-kontraktor yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kontraktor. Kursus-kursus dan klinik-klinik kontraktor dianjur bersama oleh persatuan-persatuan kontraktor, agensi-agensi Kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.

Pada tahun 2000, sebanyak 17 kursus kontraktor telah diadakan yang dihadiri oleh 991 peserta manakala 5 ceramah/dialog telah juga diadakan yang dihadiri seramai 2,550 peserta. Persatuan kontraktor yang terlibat termasuklah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) peringkat persekutuan dan negeri serta Persatuan Kontraktor Berwibawa. Daripada kursus yang diadakan ini telah dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman kontraktor dalam bidang binaan serta dapat meningkatkan keyakinan kontraktor Bumiputera.

Bagi memantapkan peranan PKK, beberapa perancangan telah dibuat seperti mengkaji semula syarat-syarat pendaftaran, penggunaan borang baru pendaftaran, panduan permohonan, memperkukuh kriteria pemberian taraf Bumiputera, mempertingkat dan memantapkan prestasi aplikasi sistem Komputer serta memberi penekanan kepada aspek penguatkuasaan. 

Usaha juga akan diteruskan bagi membantu mempromosikan usahawan-usahawan kontraktor Bumiputera tulen yang berdaya saing kepada agensi-agensi, pihak berkuasa kerajaan dan pihak swasta. PKK dengan kerjasama lain-lain agensi akan terus mengadakan kursus khususnya dalam bidang baru yang masih kurang diceburi oleh Bumiputera dan kaedah baru industri binaan.