|
:: Utama ::
|
|
MENGENAI KAMI |
| :: LAPORAN TAHUNAN 2002 PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR :: |
|
Objektif utama PKK adalah untuk melahir dan membangunkan kontraktor binaan yang berkualiti. Bagi merealisasikan objektif tersebut, PKK berfungsi untuk :
PKK Ibu Pejabat bertanggungjawab memproses semua permohonan pendaftaran bagi Kontraktor Kerja Awam dan Kontraktor Kerja Elektrik. Permohonan pendaftaran meliputi permohonan baru, pembaharuan pendaftaran, kebenaran khas, kenaikan kelas, tambah tajuk dan taraf Bumiputera. Urusan pendaftaran dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat PKK Ibu Pejabat dan PKK cawangan negeri. PKK Ibu Pejabat memproses permohonan Kontraktor Kerja Awam Kelas A, B dan C dan Kontraktor Kerja Elektrik Kelas I, II dan III. Manakala PKK cawangan negeri memproses permohonan pendaftaran bagi Kontraktor Kerja Awam Kelas D, E dan F dan Kontraktor Kerja Elektrik Kelas IV, V dan VI. Pendaftaran bagi kelas BX dan EX telah dimansuhakn berkuatkuasa pada 14 Oktober 2002.
Sehingga
Disember 2002, sebanyak 37,599 kontraktor berdaftar dengan
PKK. Daripada jumlah tersebut, bilangan Kontraktor Kerja Awam ialah
sebanyak 35, 575 manakala Kontraktor Kerja Elektrik ialah sebanyak 2,024.
Bagi Kontraktor Kerja Awam, sebanyak 31,569 atau 88.74% adalah kontraktor
bertaraf Bumiputera dan 25,137 (70.66%) adalah merupakan kontraktor Kelas
F. Bilangan pendaftaran kontraktor bukan Bumiputera pula ialah sebanyak
4,006 (11.26%). Kebanyakannya berdaftar dalam kelas D dan ke atas. Bagi
Kontraktor Kerja Elektrik pula, sebanyak 1,177 atau 58.15% ialah
kontraktor bertaraf Bumiputera dan 847 (41.85%) ialah merupakan kontraktor
bukan Bumiputera.
Bilangan Kontraktor Kerja Awam Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Mengikut Kelas Hingga Disember 2002
Bilangan Kontraktor Kerja Elektrik Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Mengikut Kelas Hingga Disember 2002
PENDAFTARAN BARU Pada tahun 2002, PKK telah menerima sebanyak 13,556 permohonan baru di mana 9,962 (73.48%) permohonan telah diluluskan. Bilangan ini meningkat berbanding tahun 2001, di mana sebanyak 7,955 permohonan telah diterima dan 5,897 (74%) permohonan telah diluluskan.
Permohonan Pendaftaran Baru Tahun 2000 Hingga 2002
Antara sebab-sebab permohonan pendaftaran baru ditolak kerana:
PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
Pada tahun 2002, sebanyak 12,700 permohonan pembaharuan pendaftaran diterima dan 12,511 (98.5%) permohonan telah diluluskan berbanding 10,774 (98.63%) permohonan diluluskan daripada 10,923 permohonan pembaharan pendaftaran yang diterima pada tahun 2001.
Antara sebab-sebab permohonan pembaharuan ditolak kerana:
Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Tahun 2000 Hingga 2002
PERMOHONAN NAIK KELAS
Permohonan Naik Kelas ialah permohonan oleh kontraktor yang sedang berdaftar dengan PKK untuk didaftarkan dalam kelas yang lebih tinggi. Pada tahun 2002, sebanyak 276 permohonan Naik Kelas telah diterima dan sebanyak 240 (86.96%) permohonan telah diluluskan. Permohonan Naik Kelas didapati menurun berbanding dengan tahun 2001 di mana permohonan yang diterima sebanyak 582 dan sebanyak 360 telah diluluskan.
Antara sebab-sebab permohonan kontraktor untuk Naik Kelas ditolak ialah kerana:
Permohonan Naik Kelas Tahun 2000 Hingga 2002
PERMOHONAN TAMBAH KEPALA/SUB KEPALA
Permohonan tambah kepala dan sub-kepala merupakan permohonan yang dikemukakan oleh kontraktor yang sedang berdaftar dengan PKK untuk mendapatkan bidang kerja yang tidak terdapat dalam lesen pendaftaran asal. Bagi tahun 2002, permohonan tambah kepala dan sub kepala yang diterima ialah sebanyak 3,543 dan sebanyak 3,010 (85%) permohonan diluluskan. Ini menunjukkan pertambahan permohonan berbanding tahun 2001 di mana jumlah permohonan yang diterima ialah 2,906 dan 2,460 (67%) telah diluluskan.
Antara sebab-sebab permohonan ditolak ialah kerana:
KEBENARAN KHAS
Pada tahun 2002, permohonan Kebenaran Khas meningkat berbanding tahun 2001 di mana sebanyak 2,455 permohonan diterima dan 1,370 (55.8%) permohonan telah diluluskan. Dalam tahun 2001, permohonan yang diterima ialah sebanyak 2,114 dan yang diluluskan ialah sebanyak 1,366 (64.3%).
Antara sebab-sebab permohonan Kebenaran Khas ditolak ialah kerana:
Permohonan Kebenaran Khas Tahun 2000 Hingga 2002
TARAF BUMIPUTERA
Pada tahun 2002, permohonan untuk mendapatkan Taraf Bumiputera telah meningkat sebanyak 47% berbanding tahun 2001 di mana 3,121 permohonan diterima dan 2,433 (83%) diluluskan. Pada tahun 2001 permohonan diterima ialah sebanyak 2,114 dan 1,366 (74.1%) diluluskan.
Permohonan pengiktirafan Taraf Bumiputera ditolak kerana faktor-faktor berikut:
Selain memberi status Taraf Bumiputera kekal iaitu bagi tempoh dua tahun, PKK juga memberi status Taraf Bumiputera Jangka Pendek (TBJ) iaitu untuk tempoh enam hingga 12 bulan. TBJ diberi kepada syarikat yang diluluskan pendaftaran baru tetapi siasatan ke pejabat belum dilakukan. Pemberian TBJ berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh syarikat kepada PKK yang menunjukkan syarikat dikuasai oleh Bumiputera dan juga telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
PEMANSUHAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR KELAS BX DAN EX Bagi mewujudkan kontraktor dan usahawan Bumiputera yang berdaya maju, kerajaan telah mengambil langkah mengkaji semula kelas pendaftaran dan nilai kerja kontraktor yang mana tidak pernah disemak sejak tahun 70an. Melalui pembentangan Belanjawan 2003 yang diumumkan pada bulan September 2002 oleh Perdana Menteri Malaysia, pendaftaran kelas BX dan EX telah dimansuhkan. Disamping itu Kerajaan juga telah menaikkan nilai had kerja bagi kelas-kelas pendaftaran yang dikekalkan. Sehubungan dengan itu Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2002 bagi mengimplementasikan perubahan berkenaan berkuatkuasa pada 14 Oktober 2002. Kelas-kelas
pendaftaran yang dikekalkan dan had nilai kerja baru kontraktor
Nilai kerja baru ini adalah bertujuan untuk meningkatkan daya keusahawanan dan keupayaan teknikal di kalangan kontraktor supaya mereka lebih berdaya saing dan dapat menghasilkan kualiti kerja yang terjamin. Dengan peningkatan nilai kerja ini juga, Kerajaan akan lebih teliti dalam memberikan tawaran kerja di mana tawaran kerja hanya akan diberikan kepada kontraktor yang benar-benar komited, bertanggungjawab dan mempunyai organisasi serta modal yang bersesuaian. Selaras dengan perubahan tersebut, PKK telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan perubahan berkenaan dapat dilaksanakan dengan berkesan. PKK telah memaklumkan kepada kontraktor-kontraktor yang sedang berdaftar dalam kelas BX dan EX supaya membuat pilihan sama ada ingin berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi atau pun turun ke kelas yang lebih rendah. Bagi kontraktor kelas BX dan EX yang ingin berdaftar ke kelas yang lebih tinggi, mereka akan dinasihatkan supaya memenuhi syarat-syarat pendaftaran kelas berkenaan seperti mana yang telah ditetapkan terutama dari segi modal berbayar syarikat. Walau bagaimanapun sekiranya kontraktor kelas EX ingin berdaftar dalam kelas yang lebih rendah iaitu kelas F, maka syarikat berkenaan perlulah bertaraf Bumiputera sepenuhnya. TINDAKAN TATATERTIB Pada tahun 2002, sebanyak 2,234 kontraktor telah dikenakan tindakan tatatertib. Daripada jumlah tersebut, 2,161 (96.73%) dibatalkan lesen, 54 (2.42%) telah dikenakan tindakan penahanan dan 19 (0.85%) kontraktor digantung lesen. Tindakan tersebut telah dikenakan ke atas kontraktor kerana melakukan kesalahan antaranya, tidak memohon pembaharuan, gagal mengemukakan maklumat-maklumat penting, memohon untuk dibatalkan, pemilik syarikat meninggal dunia bagi syarikat perseorangan, perubahan struktur, penipuan kerja kontrak, mengsubkan majoriti projek, penglibatan dalam syarikat lain, memberi maklumat palsu dan kontraktor tidak dapat dikesan.
Bilangan
Kontraktor
Dikenakan Tindakan Tatatertib
LATIHAN, KHIDMAT NASIHAT DAN BIMBINGAN KEPADA KONTRAKTOR PKK berperanan penting dalam meningkatkan keupayaan dan pengetahuan kontraktor amnya dan kontraktor Bumiputera khasnya dalam bidang pembinaan. Untuk itu PKK telah memainkan peranannya dengan mengadakan kursus-kursus dan latihan yang dapat membantu kontraktor Bumiputera dalam aspek pengurusan syarikat, keupayaan melaksanakan projek, kekuatan kewangan dan dapat menggunakan sepenuhnya teknologi serta sumber manusia yang ada bagi meningkatkan pencapaian syarikat. PKK Ibu Pejabat dan cawangan di negeri-negeri telah memberi bimbingan dan latihan kepada kontraktor-kontraktor melalui kursus-kursus, bengkel-bengkel, ceramah dan dialog. Kursus-kursus dan klinik kontraktor dianjur oleh PKK dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), agensi-agensi kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan seperti Jabatan Bomba dan Jabatan Bekalan Air. Antara kursus-kursus yang diadakan ialah kursus seni taman, pembinaan jalan dan pembetongan, binaan dan pemulihan bangunan, kerja-kerja paip dan sesalur utama, pemasangan jubin, memahami pelan bangunan, pencegahan kebakaran dan kerja bekalan air. Selaras dengan usaha meningkatkan prestasi dan kualiti kontraktor, PKK turut memasukkan modul motivasi dan pengurusan bertujuan untuk memberi rangsangan dan galakan dalam mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi dunia perniagaan yang sentiasa mencabar. Mulai 2002, PKK tidak lagi bekerjasama dengan pihak swasta untuk mengadakan kursus. Ini dilakukan bagi memastikan modul-modul kursus yang ditawarkan adalah menepati kehendak industri dan dapay memenuhi syarat-syarat untuk berdaftar dengan PKK.
Pada tahun 2002, sebanyak 35 kursus kontraktor telah diadakan yang
dihadiri oleh 1,362 peserta manakala tujuh ceramah dan dialog
telah diadakan yang telah dihadiri oleh 2,830 peserta. Persatuan
kontraktor yang terlibat termasuklah PKMM peringkat persekutuan dan negeri serta Persatuan Kontraktor
Berwibawa. Kesan daripada kursus-kursus yang sentiasa dianjurkan ini di dapati
bilangan kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan PKK semakin meningkat
iaitu 32,746 pada tahun 2002 berbanding 26,215 pada tahun 2001,
peningkatan sebanyak 24.9%.
PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN PKK Dalam usaha untuk
menyedia dan memberi perkhidmatan yang telus, cekap dan cepat, PKK telah
mengambil langkah-langkah proaktif antaranya mendapatkan pengiktirafan ISO
9000, pengenalan laman Web PKK dan penggunaan Sistem Mesin Resit
Berkomputer. PENGIKTIRAFAN ISO 9000 PKK
sedang dalam proses mendapat pengiktirafan ISO 9000. Penyediaan dokumentasi ISO
9000 telah dimulakan pada November 2001. Sepanjang tempoh berkenaan beberapa
sesi latihan dan perbincangan telah diadakan di kalangan kakitangan PKK dengan
perunding yang berkaitan bagi memastikan PKK mendapat pengiktirafan ISO 9000
pada masa yang ditetapkan. Sehingga kini proses untuk mendapatkan pengiktirafan
ISO 9000 telah berada di peringkat terakhir di mana Audit Kualiti Dalaman telah
dilakukan pada 31 Disember 2002 oleh Pasukan Audit Kualiti Dalaman. LAMAN WEB PKK Laman
web PKK telah dilancarkan pada 4 Mac 2002 oleh Ketua Setiausaha Negara, Y. Bhg.
Tan Sri Samsudin Osman. Laman web ini disediakan khusus untuk memberikan
maklumat kepada orang ramai berhubung pendaftaran kontraktor. Laman web ini
mengandungi penerangan berkenaan syarat dan kriteria pendaftaran dengan PKK,
kursus-kursus kontraktor, senarai dan profil kontraktor secara online.
Sehingga 18 April 2003, seramai 93,656 orang pelawat telah melayari laman web
PKK. PKK telah memperkenalkan capaian senarai dan profil kontraktor secara online
melalui laman web pada 16 Julai 2002. Ia hanya terbuka kepada semua agensi KPUn
dan agensi-agensi Kerajaan. Perkhidmatan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.
Sehingga kini seramai 120 pengguna yang terdiri daripada pelbagai Kementerian
dan agensi telah mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini. SISTEM MESIN RESIT BERKOMPUTER PKK PKK
telah memperkenalkan Sistem Mesin Resit Berkomputer kepada orang ramai mulai 2
Januari 2002. Dengan adanya sistem ini pengeluaran resit kepada kontraktor dapat
dilakukan dalam masa yang singkat. Penggunaan sistem ini dapat mengelakkan
berlakunya kesilapan semasa menulis resit secara manual. Penggunaan resit
berkomputer membolehkan laporan kutipan hasil harian dan bulanan PKK dapat
diketahui serta-merta. Buat masa ini Sistem Mesin Resit hanya digunakan di PKK
Ibu Pejabat sahaja. Sistem ini akan diperluaskan ke semua cawangan PKK. PEMANTAUAN PRESTASI KERJA KONTRAKTOR Prestasi kerja kontraktor merupakan asas yang penting untuk menilai kualiti kontraktor yang berdaftar. Justeru itu, PKK sentiasa membuat pemantauan ke atas prestasi kerja kontraktor bagi memastikan kontraktor berjaya menyiapkan projek-projek terutama projek pembangunan kerajaan pada masa yang telah ditetapkan. Pemantauan dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan projek-projek yang dilaksanakan oleh kontraktor seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air (JBA) dan sebagainya. Pemantauan prestasi dilakukan melalui mesyuarat dengan agensi pelaksana, lawatan ke tapak-tapak projek dan laporan prestasi serta maklum balas yang diterima dari semasa ke semasa daripada agensi-agensi terbabit. Hasil daripada pemantauan yang dilakukan dan maklum balas yang diterima membolehkan PKK mengenakan tindakan tatatertib kepada kontraktor yang kurang memberikan komitmen dalam melaksanakan projek-projek yang diberikan. Maklum balas berkaitan prestasi kontraktor juga merupakan elemen penting dalam menilai kualiti kontraktor terutama untuk meluluskan permohonan Naik Kelas. PERANCANGAN KERJA PKK 2003 Selaras dengan kehendak Kerajaan, PKK akan memastikan kontraktor yang berdaftar ialah merupakan kontraktor yang berkualiti. Permohonan pendaftaran akan disemak dan diteliti bagi memastikan ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Program latihan dan kursus untuk meningkatkan kualiti kontraktor juga akan dipergiatkan termasuk mengadakan kursus teknikal, motivasi dan pengurusan.PKK juga akan meningkatkan penguatkuasaan pendaftaran dengan mengadakan lawatan dan siasatan ke premis syarikat-syarikat yang memohon untuk berdaftar. PKK juga dengan kerjasama MOF akan mengkaji dan menyemak semula syarat-syarat pendaftaran Kontraktor Kerja Awam. Kajian meliputi aspek-aspek modal, kelulusan pegawai teknikal syarikat, bilangan pekerja, struktur organisasi syarikat dan pengalaman. Perbincangan dengan persatuan-persatuan kontraktor juga akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan kajian semula syarat-syarat pendaftaran berkenaan. |