|
:: Utama ::
|
|
MENGENAI KAMI |
| :: LAPORAN TAHUNAN 2003 PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR :: |
|
Objektif utama PKK adalah untuk membantu melahir dan membangunkan kontraktor binaan yang berkualiti dan berdaya saing. Bagi merealisasikan objektif tersebut, PKK berfungsi untuk :
PKK Ibu Pejabat bertanggungjawab memproses permohonan pendaftaran bagi Kelas A, B dan C (Kontraktor Kerja Awam) dan Kelas I, II dan III (Kontraktor Kerja Elektrik). Sementara, pendaftaran bagi Kelas D,E dan F (Kontraktor Kerja Awam) dan IV, V dan VI (Kontraktor Kerja Elektrik) pula dikendalikan oleh PKK Cawangan Negeri.
Bagi permohonan pendaftaran yang melibatkan permohonan baru, pembaharuan pendaftaran, kebenaran khas, naik kelas/tambah kepala dan pengiktirafan Taraf Bumiputera diproses di Ibu Pejabat dan PKK Cawangan Negeri.
Sehingga
Disember 2003, terdapat sebanyak 45,142 kontraktor yang berdaftar dengan
PKK. Daripada jumlah ini, 42,731 adalah Kontraktor Kerja Awam dan 2,411
adalah Kontraktor Kerja Elektrik.
Bagi pendaftaran Kontraktor Kerja Awam, sebanyak 38,471 (90.03%) adalah Kontraktor
Bertaraf Bumiputera manakala 4,260 (9.97%) merupakan Kontraktor Bukan
Bumiputera. Di samping itu, 31,314 (73.28%) Kontraktor Kerja Awam
berdaftar dalam Kelas F. Bagi Kontraktor Kerja Elektrik, 1,464 (60.72%)
adalah merupakan Kontraktor Bertaraf Bumiputera manakala 947 (39.28%)
adalah Kontraktor Bukan Bumiputera. Bilangan kontraktor mengikut kelas
adalah seperti di bawah.
Bilangan Kontraktor Kerja Awam Mengikut Kelas Sehingga Disember 2003
Bilangan Kontraktor Kerja Elektrik Yang Aktif Sehingga Disember 2003
Bilangan Kontraktor Kerja Elektrik Mengikut Kelas Sehingga Disember 2003
PENDAFTARAN BARU Pada tahun 2003, PKK telah menerima sebanyak 15,514 permohonan baru di mana 8,505 (54.82%) daripadanya telahpun diluluskan. Jumlah bilangan permohonan ini meningkat berbanding tahun 2002, di mana sebanyak 13,556 telah diterima dan 9,962 (73.48%) diluluskan. Antara sebab-sebab permohonan pendaftaran baru ditolak adalah:
Permohonan Pendaftaran Baru Tahun 2001 Sehingga 2003
PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
Sebanyak 14,170 permohonan pembaharuan pendaftaran telah diterima oleh PKK pada tahun 2003, di mana 11,314 (79.85%) permohonan diluluskan berbanding 12,511 (98.52%) permohonan yang diluluskan daripada 12,700 yang diterima pada tahun 2002.
Antara sebab-sebab permohonan pembaharuan pendaftaran ditolak adalah:
Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Bagi Tahun 2001 Sehingga 2003
PERMOHONAN NAIK KELAS
Permohonan Naik Kelas adalah merupakan permohonan yang dikemukakan oleh kontraktor yang sedang berdaftar dengan PKK untuk berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi. Pada tahun 2003, PKK menerima sebanyak 841 Permohonan Naik Kelas dengan 276 (32.82%) daripadanya telah diluluskan. Jumlah permohonan ini meningkat daripada tahun 2002, di mana hanya 276 yang diterima dan 240 (86.9%) diluluskan.
Antara sebab-sebab permohonan Naik Kelas ditolak adalah:
Permohonan Naik Kelas Bagi Tahun 2001 Sehingga 2003
PERMOHONAN TAMBAH KEPALA/SUB KEPALA KERJA
Permohonan Tambah Kepala dan Sub-Kepala Kerja adalah permohonan yang dikemukakan oleh kontraktor yang sedang berdaftar dengan PKK untuk mendapat kepala/sub-kepala kerja yang tidak terdapat dalam lesen pendaftaran sedia ada. Bagi tahun 2003, sebanyak 5,004 permohonan diterima dengan 3,173 (63.41%) permohonan diluluskan. Bilangan ini meningkat daripada tahun 2002, di mana sebanyak 3,543 permohonan diterima dengan 3,010 (84.95%) daripadanya diluluskan.
Antara sebab-sebab permohonan Tambah Kepala/Sub-kepala ditolak adalah:
KEBENARAN KHAS
Pada tahun 2003, permohonan Kebenaran Khas meningkat berbanding tahun sebelumnya di mana sebanyak 5,034 permohonan diterima dengan 3,545 (70.42%) daripadanya diluluskan. Dalam tahun 2002, sebanyak 2,455 permohonan diterima dan 1,370 (55.8%) diluluskan.
Antara sebab-sebab permohonan Kebenaran Khas ditolak adalah:
Permohonan Kebenaran Khas Bagi Tahun 2001 Sehingga 2003
TARAF BUMIPUTERA
Pada tahun 2003, permohonan untuk mendapatkan Taraf Bumiputera telah meningkat berbanding tahun 2002 di mana sebanyak 4,611 permohonan diterima dan 3,141 (68.12%) diluluskan. Pada tahun 2002, permohonan yang diterima adalah sebanyak 3,121 dengan 2,433 (78.0%) diluluskan.
Antara sebab-sebab permohonan Pengiktirafan Taraf Bumiputera ditolak adalah:
Selain memberi status Taraf Bumiputera Kekal untuk tempoh dua tahun, PKK juga memberi status Taraf Bumiputera Jangka Pendek (TBJP), iaitu untuk tempoh enam hingga dua belas bulan. TBJP diberi kepada syarikat yang diluluskan pendaftaran baru tetapi siasatan ke pejabat belum dilakukan. Pemberian TBJP adalah berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh syarikat kepada PKK yang menunjukkan syarikat dikuasai oleh Bumiputera dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
TINDAKAN TATATERTIB Pada tahun 2003, seramai 34 kontraktor telah diambil tindakan tatatertib. Daripada jumlah ini, sebanyak lapan kontraktor telah disenarai hitamkan manakala 26 kontraktor lagi telah ditahan daripada memasuki tawaran. Tindakan tersebut telah dikenakan ke atas kontraktor kerana melakukan kesalahan diantaranya gagal mengemukakan maklumat apabila diminta oleh PKK atau mengemukakan maklumat palsu, menolak tawaran undi, sebut harga atau tender yang telah disetujuterima, menyertai tender, kerja undi, sebut harga dan dan pra-kelayakan dalam masa kuatkuasa penahanan atau penggantungan, mengagihkan kontrak atau bertindak sebagai agen komisyen dan penipuan kerja kontrak. Selain itu, tindakan juga boleh dikenakan terhadap kontraktor jika terdapat aduan daripada agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya Malaysia sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek pembangunan kerajaan.
Bilangan
Kontraktor Yang Dikenakan Tindakan Tatatertib
PUSAT RUJUKAN MAKLUMAT KONTRAKTOR Dalam usaha untuk menyedia dan memberi perkhidmaan yang cekap dan cepat, laman web PKK sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Ini bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai pendaftaran, program kursus/latihan serta profil kontraktor yang sedang berdaftar dengan PKK. Sehingga Disember 2003, sebanyak 175 kata laluan telah diberikan kepada agensi-agensi Kerajaan bagi membolehkan mereka mendapatkan maklumat profil kontraktor secara on-line melalui Seksyen Interaktif PKK.
PEMANTAUAN PRESTASI KERJA KONTRAKTOR Prestasi Kerja Kontraktor adalah merupakan asas yang penting untuk menilai kualiti kontraktor yang berdaftar. Justeru itu, PKK sentiasa membuat pemantauan ke atas prestasi kerja kontraktor bagi memastikan kontraktor berjaya menyiapkan projek-projek terutama projek pembangunan Kerajaan pada masa yang telah ditetapkan. Pemantauan prestasi dilakukan melalui mesyuarat dengan agensi pelaksana dan lawatan ke tapak-tapak projek. Selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan bil 6/2000, PKK juga menganggotai Jawatankuasa Penyelamat dan Penyiap Projek Sakit di sembilan Kementerian. Hasil daripada pemantauan yang dilakukan dan maklumbalas yang diterima daripada agensi pelaksana dari semasa ke semasa, ianya membolehkan PKK mengenakan tindakan tatatertib kepada kontraktor yang kurang memberikan komitmen dalam melaksanakan projek-projek yang diberikan. Maklumbalas berkaitan prestasi kontraktor juga merupakan elemen penting dalam menilai kualiti kontraktor terutama untuk meluluskan permohonan Naik Kelas.
PERANCANGAN KERJA PKK 2004 Selaras dengan penekanan kepada Delivery System oleh kepimpinan baru negara bertujuan menambahbaik perkhidmatan awam. PKK akan terus melaksana dan mempercepatkan tugas-tugas pendaftaran kontraktor. Di samping itu, PKK akan turut memastikan kontraktor yang berdaftar adalah kontraktor yang berkualiti. Permohonan pendaftaran akan disemak dan diteliti bagi memastikan ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Program latihan dan kursus untuk meningkatkan kualiti kontraktor juga akan dipergiatkan termasuk mengadakan kursus teknikal, motivasi dan pengurusan. PKK juga akan meningkatkan penguatkuasaan pendaftaran dengan menyegerakan lawatan dan siasatan ke premis syarikat-syarikat yang memohon untuk berdaftar. |